Piala Presiden:Kelantan Tempuhi Jalan Sukar

image-3Permukaan padang becak tidak menghalang kedua-dua pasukan memperagakan aksi menarik apabila saling berbalas serangan sebaik sahaja perlawanan dimulakan oleh pengadil Ismail Asib Md Amin.

Pada minit ke-25, pelawat hampir memecah kebuntuan jaringan menerusi rembatan deras Mohd. Zarulizwan Mazlan yang berjaya ditangkap kemas oleh Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, sekali gus menyelamat pintu gol Kelantan daripada dibolosi.

Lima minit berselang, giliran Kelantan untuk meledakan jaringan pembukaan namun, rembatan Muhammad Raihan Muhammad Huzaizi diselamatkan oleh penjaga gawang TFC II, Mohd. Asyraf Azmi.

Gol semangat yang dicari Kelantan akhirnya kunjung tiba pada minit ke-55 menerusi sepakan percuma menarik peledak sensasi mereka Muhammad Daniel Ashraf Abdullah yang melencong melepasi jangkauan Mohd. Asyraf di gawang TFC II.

TFC II tidak patah semangat, sebaliknya bingkas menyamakan kedudukan pada minit ke-64 menerusi tandukan Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yakob yang gagal diselamatkan Ahmad Syihan Hazmi.

Keputusan seri 1-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan dan aksi timbal balik kedua akan berlangsung Selasa depan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *