Pemimpin PPBM Berfantasi Cipta Syurga

anina-saadudin_bersatu_umno_600Belum pun merasai nikmat kemenangan Ketua Wanita PPBM Anina Saadudin telah melekehkan UMNO sebuah parti yang telah membuktikan kemampuan membantu masyarakat Melayu dalam pelbagai aspek.

Pemimpin PPBM yang layak digelar pemimpin parti pengacau buatan Mahathir yang langsung tiada titisan jasa mula tunjuk taring tumpulnya seolah-olah merekalah juara sebenar menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi rakyat.

Walaupun UMNO dituduh ditolak rakyat pada PRU 13,namun pemimpin UMNO jugalah yang memenuhi kerusi Dewan Rakyat,manakala PPBM masih berhayal dengan jawatan Perdana Menteri jika pembangkang menguasai persekutuan.

Anina boleh terus dengan hayalannya sampai bila-bila kerana pemimpin UMNO yang dituduh berfantasi sudah jauh meninggalkan semua parti pembangkang sejak puluhan tahun lalu.

Jadi,Anina sepatutnya sedar dari lamunan tiada penamat,kerana PPBM yang diwujudkan diatas rasa dendam sebagaimana PKR ditubuhkan kerana berdendam dengan Mahathir.

Pemimpin PPBM hanya seperti kucing kurap malah tidak mampu membina satu titi dari kayu yang diambil dari tong sampah untuk rakyat,tetapi berhayal mencipta syurga.

Pemimpin PPBM seperti pengemis meminta-minta dengan pembangkang lain agar bersatu menentang Barisan Nasional,pada masa yang sama pemimpin PPBM juga melalak menyatakan mampu hadapi Barisan Nasional.

Modal pengemis PPBM meraih simpati adalah hutang 1MDB 42 bilion tetapi tidak pula jelaskan jumlah aset 1MDB sebenarnya.Dasar pengemis memang begitu agaknya?

Realitinya semua pemimpin PPBM adalah penghasut sedangkan jasa pada rakyat lebih rendah nilainya dari bangkai ayam dilanggar lori.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *