Nak Tutup Malu PAS Tetap Dipujuk Sertai Bersih

downloadPerbalahan antara pemimpin PAS dan Husam Musa yang ditendang daripada parti memerintah Kelantan sejak 90an seperti kanak-kanak bermain pondok-pondok.

Apa pun itu hal mereka masing-masing yang ada hak untuk bercakap bagi mempertahankan hujah.

Bagi Husam Musa yang memetik kata-kata Nik Aziz yang dikatanya wajib hadir Bersih(Tok Guru Nik Aziz kata wajib hadir Bersih, masa dia hidup) pengikut PAS akan turun padang menyertai himpunan Bersih yang tidak memberi sebarang keuntungan kepada rakyat.

Namun Husam juga perlu mengerti,PAS bukan seperti Amanah(PAN) yang terus menerus rela dijadikan anak tangga DAP untuk mencapai bilangan Melayu dalam Pakatan Harapan.

Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang,Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Abduh,Setiausaha agung PAS ,Takiyuddin Hassan pastinya ada pandangannya sendiri malah tidak perlu ikut sesiapa termasuk pandangan Husam Musa yang ditendang itu.

Husam sepatutnya sedar usaha pelbagai pihak dari pembangkang memujuk PAS menyertai Bersih 5 gagal dan tidak sepatutnya beliau cuba menjadi hero kerana PAS tetap dengan pendiriannya.

Usaha pembangkang menarik PAS menyertai himpunan Bersih 5 memberi gambaran jelas tidak akan ramai anak muda Melayu menyertai himpunan itu,sedangkan pembangkang selain daripada PAS melaungkan parti mereka ahlinya terdiri ramai dikalangan anak muda Melayu.

Sekali gus memberi gambaran jelas parti pembangkang yang dipimpin Melayu akan tercabar bila orang Cina lebih ramai menyertai himpunan karut sebagaimana yang terjadi sebelum ini.

Oleh itu usaha sedaya upaya menarik PAS menyertai Bersih 5 mesti dilakukan bagi meramaikan Melayu dalam himpunan yang menyusahkan pihak keselamatan.

Hakikatnya,pemimpin pembangkang yang dipimpin Melayu selain dari PAS akan rasa tercabar apabila penyertaan dari kalangan Melayu kurang,dan pemimpin DAP akan kembang hidung kerana Cina lebih ramai menyertainya.Sebab itulah pemimpin pembangkang Melayu bersungguh-sungguh memujuk PAS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *