Ekonomi Sarawak Mencatat Pertumbuhan Dari 4 Ke 5 Peratus Setahun

c_pc0017084KUCHING: Ekonomi Sarawak mencatat pertumbuhan dari 4 ke 5 peratus setahun meskipun dalam keadaan kelembapan ekonomi global.

Malah, Menteri Perindustrian dan Pembangunan Keusahawanan, Pedagangan dan Pelaburan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Sarawak turut mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ketiga tertinggi di Malaysia.

“Pada 2015, KDNK kita (Sarawak) sekitar RM106 bilion dan KDNK perkapita adalah sekitar RM44,424.

“Manakala jumlah dagangan Sarawak dengan Jepun pada 2015 mencecah RM35.7 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar ‘Sarawak Timber Legality Verification System’ yang diadakan dari 16 hingga 21 Oktober di Jepun.

Pada masa sama Awang Tengah memberitahu, Jepun merupakan rakan dagangan penting Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.

Menurutnya dari segi pelaburan, Sarawak menjadi destinasi untuk banyak syarikat Jepun seperti Mitsubishi, Nippon Oil, Taiyo Yuden, Tokuyama dan sebagainya.

“Sejak 2009, lebih RM15.8 bilion nilai pelaburan datang dari Jepun terutama dalam industri minyak dan gas, elektronik, polycrystalline silicon dan kayu.

“Dalam dua tahun ini, Sarawak telah menjadi negeri kedua tertinggi yang dipilih sebagai destinasi pelaburan di Malaysia,” tambahnya.

Beliau menjelaskan bahawa keadaan itu disebabkan kestabilan politik negeri ini dan keberkesanan kerajaan dalam memberi kenyakinan kepada pelabur untuk melabur di Sarawak.

Antara 42 delegasi Sarawak ke Jepun ialah Menteri Muda Perancangan Sumber Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Pembangunan Perindustrian, Pelaburan dan Promosi Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh dan Menteri Muda Pertanian Malcom Mussen Lamoh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *