Bieber Jumpa Ozil, Chamberlain Promosi Jelajah UK

oziluk1JUSTIN Bieber bertemu bintang Arsenal, Mesut Ozil dan Alex Oxlade-Chamberlin ketika melakukan lawatan ke padang latihan The Gunners semasa siri jelajah dunianya ke United Kingdom (UK).

Bintang pop dunia berusia 22 tahun itu mempamerkan persembahan bertenaga di O2 Arena, London yang menjadi lokasi sebahagian daripada konsert jelajahnya.

Malah, Bieber turut memuat naik gambar bersama dua pemain Arsenal itu di laman media sosial.

Bintang Jerman, Ozil juga berkongsi gambar dia bertukar baju-T dengan Bieber manakala Oxlade-Chamberlain memuji aksi memukau penyanyi itu minggu lalu.

Pertemuan tersebut tidak terhenti di situ sahaja apabila Ozil meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-28 pada Sabtu di sebuah kelab malam bersama Bieber.

Bieber turut berkesempatan meninjau sekitar padang latihan Arsenal di London Colney pada malam Ahad.

-mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *