Israel Terus Tembak Rakyat Palestin

GAZA 16 Mei – Tentera Israel menembak mati dua lagi penduduk Palestin di sempadan Gaza, semalam sehari selepas mengakibatkan 60 orang awam Palestin terbunuh semasa demonstrasi membantah pembukaan kedutaan Amerika Syarikat ( AS) di Baitulmuqaddis.

Insiden itu berlaku ketika kebanyakan penduduk Palestin menguruskan pengkebumian anggota keluarga mereka yang terkorban ketika sebahagian lagi mengadakan tunjuk perasaan walaupun dalam jumlah yang besar seperti hari sebelumnya.

Sementara itu di sempadan Gaza, penembak tepat Israel terus mengambil kedudukan mengelak sebarang usaha menceroboh pagar dengan kereta kebal turut dikerah ke lokasi sama. – REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE