200 Penyokong Pembangkang Keluar Parti

SEBERANG JAYA: Lebih 200 penyokong pakatan pembangkang dari Permatang Pauh dan Nibong Tebal bertindak keluar parti berikutan kecewa dengan kepimpinan yang sudah tidak mengikut dasar parti.

Jurucakap kumpulan berkenaan, G Vijay, berkata dahulunya DAP menentang Tun Dr Mahathir Mohamad, namun kini bertindak sebaliknya dengan mengangkat bekas Perdana Menteri itu.

Katanya, tindakan ini terang-terangan bertentangan dengan dasar parti yang selama ini berjuang menentang Dr Mahathir.

“Selain itu, DAP juga dilihat sudah tiada pendirian apabila sanggup menukar logo kepada PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.

“Logo yang sudah berpuluh tahun digunakan kita tidak berguna lagi, sebaliknya menggunakan logo PKR..jadi, mana identiti DAP,” katanya pada sidang media di Kelab Golf Safira di sini, sebentar tadi.

Vijay yang juga ahli DAP berkata, dia dan ahli yang lain akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) yang dilihat membantu rakyat dan komuniti India khasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE