Wanita Malaysia Tamatkan Larian Maraton Gurun Sahara

Seorang wanita Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya menamatkan maraton sejauh 250 kilometer di Gurun Sahara, hari ini.

Sue Ding, 41, melintasi garisan penamat di Maghribi selepas enam hari berlari di acara Marathon des Sables (MdS), lapor Star Online.

Peguam di London itu menempuh suhu panas siang hari sekitar 30 darjah Celsius dan suhu malam yang turun mendadak kepada 14 darjah Celsius.

Sue menyertai MdS bagi mengumpul dana untuk Make A Wish Malaysia (MAWM), badan amal bertujuan membantu kanak-kanak pengidap sakit kritikal menunaikan impian.

Dana juga dikumpul untuk Malaysian Dogs Deserve Better (MDDB) bagi menyelamat, memulih dan memberikan tempat tinggal untuk anjing jalanan.

Sue sebelumnya berlatih di Dubai dengan menamatkan larian sejauh 169 kilometer di kawasan berbatu di Lanzarote, Sepanyol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE