Usaha Malaysia Bela Palestin Diiktiraf

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak menerima pengiktirafan di atas komitmen dan sokongan Malaysia terhadap perjuangan membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Palestin daripada cengkaman rejim Zionis.

Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Sa’ed Sabri, menyampaikan surat penghargaan itu kepada Perdana Menteri bagi pihak umat Islam Palestin pada majlis sambutan Israk Mikraj Peringkat Kebangsaan 1439/2018 di Masjid Sultan Zainal Abidin di sini, malam tadi.

Dalam ucapannya, Sheikh Dr Ekrima Sabri memuji kerajaan Malaysia pimpinan Najib yang terus menyatakan sokongan serta membantu rakyat Palestin yang dicengkam rejim Zionis.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia dan jentera kerajaan terhadap usaha pembebasan berkenaan, selain memuji penganjuran sambutan Israk Mikraj peringkat kebangsaan yang julung kalinya diadakan.

“Sejak dulu lagi, rakyat negara ini sentiasa bersama, menyokong dan membantu rakyat Palestin, malah Malaysia antara negara umat Islam yang prihatin terhadap isu Palestin.

“Justeru, kami meminta umat Islam seluruh dunia bersama kami dalam isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa kerana ancaman zionis Israel ini bukan semata-mata kepada kami, bahkan mereka musuh kepada Islam,” katanya.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom;

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyAQSA, Noorazman Mohd Samsuddin.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyerahkan Anugerah Khas Tokoh Al Aqsa kepada Imam Besar Masjid Al Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Sa’ eed Sabri (tiga dari kanan) pada majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Kebangsaan 1439H/2018M di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor

NAJIB menerima surat penghargaan daripada Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Sa’ed Sabri. – Foto Twitter @najibrazak
Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Khas Tokoh Al-Aqsa kepada Sheikh Ekrima.

Sementara itu, Najib dalam ucapannya berkata, umat Islam di seluruh dunia tanpa mengira warna kulit perlu bersatu dalam membebaskan Al-Aqsa daripada cengkaman rejim zionis.

“Hari ini, umat islam di seluruh dunia berjumlah 1.8 bilion dan ia boleh menjadi suara besar di pentas antarabangsa.

“Bagaimanapun, ia tidak akan mendatangkan kekuatan jika kita saling bertelingkah, memfitnah dan bertelagah hingga berlaku perpecahan.

“Islam membenarkan kita berbeza pendapat, namun bukan sehingga berpecah. Langkah tuntas yang perlu diambil ialah perdamaian kerana kita menjangkakan umat Islam mencecah tiga bilion orang pada 2050,” katanya.

Perdana Menteri berkata, rakyat Malaysia beriltizam untuk menggiatkan usaha membantu membebaskan Masjid Al-Aqsa menerusi pelbagai cara.

Katanya, sudah menjadi kewajipan umat Nabi Muhammad memperjuangkan kebenaran, terutama untuk negara tercinta.

“Rejim Zionis adalah makhluk yang memusuhi semua manusia terutama orang beriman, malah jangan terkejut jika ada tangan zionis dalam parti politik yang mahu menguasai negara dan menghancurkan umat Islam.

“Kita mesti memastikan rejim zionis dan konco-konconya disekat habis-habisan kerana kita tidak rela negara tercinta digadai oleh mereka,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE