Sosio Ekonomi Fokus Utama Manifesto MIC

TEMERLOH: Manifesto MIC untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan mencakupi semua aspek dan keperluan masyarakat India di negara ini.

Ahli Jawankuasa Kerja Pusat MIC, Datuk P Kamalanathan berkata, penekanan itu diberikan bagi memastikan semua aspek diambil kira dan diberi perhatian dalam manifesto itu.

“MIC sudah mengadakan mesyuarat bagi menyenaraikan manisfesto berkenaan minggu lalu dan ia akan dibentangkan oleh Presiden parti pada 18 April ini di Kuala Lumpur

“Fokus pastinya terarah kepada pelan tindakan atau blueprint pembangunan masyarakat India yang dilancarkan baru-baru ini dan akan menambah beberapa aspek, termasuk sosio ekonomi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jelajah Pendidikan Malaysia di Semantan Walk, di sini, hari ini.

Mengenai senarai calon daripada parti itu yang akan bertanding di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-14 nanti, beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan itu enggan mengulas lanjut dan semua pihak perlu menunggu pengumuman daripada Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam tidak lama lagi.

MIC masih lagi berteka teki mengenai senarai calon yang akan bertanding namun kebanyakannya menjangkakan perhatian pasti akan terarah kepada kerusi Parlimen Cameron Highlands yang menjadi perebutan antara MIC dan MyPPP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE