PRU-14 Masanya Tukar Kelantan

PENGUNDI Kelantan patut mengutamakan parti berwibawa untuk pembangunan memandangkan sejak diperintah PAS kemajuan yang ada masih lagi ketinggalan berbanding dengan negeri lain.

Mempercayai Manifesto Pakatan Harapan yang mahu menghapuskan GST dan semua tol hanya satu janji yang tidak mungkin dapat ditunaikan.

GST adalah cukai yang dikenakan keatas rakyat, manakala lain-lain cukai selain GST yang ada di negeri pembangkang tidak dihapuskan sama sekali malah dinaikan walaupun ada yang pernah berjanji kiranya berjaya memerintah pada PRU sebelum ini.

Kerajaan negeri Selangor gagal menunaikan janji manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) untuk menurunkan cukai pintu premis kediaman dan komersial masing-masing pada kadar 20 hingga 10 peratus.

Manakala di Kuala Langat penduduk di daerah itu kesal dengan tindakan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) yang didakwa menaikkan cukai taksiran terhadap kediaman mereka sehingga 400 peratus. Alasan kenaikan cukai disebabkan harga rumah meningkat.

Rakyat Kelantan juga ‘memekak’ apabila cukai dinaikan tetapi GST juga yang mereka kata bebankan rakyat.

Pulau Pinang juga turut tidak berkecuali dengan janji-janji manis dari parti memerintah negeri, namun segala janji hanya tinggal janji. Janji untuk hapuskan tol sampai sekarang tidak dilaksanakan, namun dalam manifesto Pakatan Harapan PRU-14 mereka nak hapuskan semua tol.

Berhubung kait dengan GST, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pernah mendakwa Islam melarang pemimpinnya mengutip cukai daripada orang miskin untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara, tetapi cukai dalam Kelantan tidak pula diharamkan.

Dalam Manifesto, PAS berjanji mahu hapuskan GST seperti juga Pakatan Harapan, namun janji untuk turunkan cukai pintu dan cukai tanah jika diberi mandat memerintah Kelantan pada PRU-14 ini,’ ada tak?.

Manakala hasrat Pakatan Harapan yang diketuai DAP untuk membatalkan Rangkaian Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sekiranya mereka berjaya mentadbir negara hanya menyekat kemajuan yang perlu dinikmati rakyat Kelantan, Terengganu, Pahang.

Hasrat untuk membatalkan projek ECRL adalah satu usaha agar Kelantan terus mundur dan tiada pembangunan selaras dengan kehendak semasa.

Walaupun pembangkang melalak mengatakan GST membebankan rakyat, tidak pula dicadangkan supaya negeri yang diperintah pembangkang hapuskan cukai, sekurang-kurangnya cukai pintu dan tanah, kerana,’ tidak dapat dinafikan cukai apa sekali pun tetap rakyat kena bayar.

Begitu pun dengan mengambil kira orang miskin, kerajaan mengecualikan sebanyak 600 barangan keperluan harian daripada GST, antara negara yang paling banyak memberi pengecualian daripada 164 buah negara yang mengamalkan sistem percukaian itu.

Apa cukai yang dikecuali kerajaan negeri yang diperintah pembangkang?, malah dari masa kesemasa cukai yang dikenakan kepada rakyat meningkat.

Kempen tolak Barisan Nasional (BN) kerana GST adalah satu fenomena tidak sihat dari pembangkang, sedangkan negeri yang diperintah mereka pelbagai cukai turut dikenakan kepada rakyat malah sentiasa meningkat.

Bagaimana PAS Kelirukan Rakyat Terengganu
Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu terpaksa membayar tunggakan cukai pintu selama lima tahun kira-kira RM26 juta kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) selepas berjaya mengambil alih semula negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

Tunggakan itu adalah langkah BN untuk tidak membebankan penduduk selepas mereka tidak membayar cukai pintu berikutan janji PAS dalam manifesto parti itu pada PRU-11 untuk memansuhkan cukai berkenaan jika menang menyebabkan tunggakan itu.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh, berkata selepas memenangi kerajaan negeri Terengganu pada PRU-11, kerajaan negeri PAS tidak mengeluarkan arahan pemansuhan cukai pintu, sebaliknya hanya mengarahkan PBT tidak mengutipnya.

Beliau berkata, kerajaan PAS pada 1999 hingga 2004 juga tidak mengeluarkan arahan bertulis termasuk kelulusan mesyuarat EXCO kepada PBT mengenai pemansuhan cukai pintu.

Oleh itu, rakyat Kelantan perlu teliti parti mana sebenarnya mampu membangun Kelantan yang masih menghadapi masalah air walaupun PAS selama 28 tahun memerintah.

#TukarKelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE