PKR Gusar Gagal Pertahan Bukit Katil

MELAKA, 16 April — Pakatan Harapan (PH) dilihat berdepan kesukaran mempertahankan kerusi parlimen Bukit Katil dalam pilihan raya umum (PRU) kali ini.

Penyandangnya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kerusi itu, kini dikenali Hang Tuah Jaya, mengalami perpindahan besar pengundi dalam persempadan semula baru-baru ini.

“Saya akui sukar untuk berhadapan dengan keadaan apabila 25,000 penyokong kami yang kini dibawa keluar dari Parlimen Hang Tuah Jaya.

“Bagaimanapun, ekoran situasi ini, saya rasa rakan saya di Kota Melaka boleh senyum kerana saya rasa majoriti Harapan di Kota Melaka kali ini boleh mencecah sehingga 30,000 atau 40,000,” katanya kepada Sinar Harian.

Shamsul berkata lima daerah yang dipindahkan itu ialah Taman Asean, Malim Jaya, Melaka Baru, Taman Merdeka dan Batu Berendam.

Pada 2013, beliau meraih majoriti 5,447 undi dengan menewaskan bekas ketua menteri Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam.

PKR tewas dengan majoriti 1,758 undi dalam pilihan raya lima tahun sebelumnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE