Mahathir Seperti Tawanan Perang

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa telah mengibaratkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “tawanan perang” yang tiada pilihan.

Annuar turut memuat naik gambar Dr Mahathir melelapkan mata semasa satu majlis.

“Tidak salah beliau..Usia dan tenaga tidak mengenal siapa. Di beritakan beliau sering uzur, sering batuk-batuk, kadang kadang ingatan lupa, kadang-kadang terlena. Dulu dia mengata Pak Lah (bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi), sekarang tengoklah…tuhan maha kaya.

“Tidak salah beliau. Yang salah adalah anak anaknya yang tak pandai pandai berdikari. Mahu juga bapa yang di peralatkan di saat ibadat dan kesihatan sepatutnya di utamakan,” kata Annuar dalam kenyataan menerusi Facebook.

Tambah beliau lagi: “Sebaliknya masa berharga di banyakkan dengan mengata dan memfitnah orang, ugama tak di pedulikan, musuh Islam di buat kawan, pemimpin Islam di buat lawan, pegangan dulu di U-Turn, semata mata kerana marah dan geram cakapnya tak di pedulikan.

“Tidak salah beliau. Cuma beliau di peralatkan…beliau umpama tawanan perang yang tiada pilihan.

“Digunakan untuk kerja berat sedangkan kuasa sebenarnya berada di Pulau Pinang dan Kajang…menunggu saat bukan saja di buang padang malah mungkin di hadap ke pengadilan oleh kawan sepasukan…atau kembali di jemput Tuhan semesta alam.

“Tidak salah beliau. Kuasa amat diperlukan. Terlalu banyak nak dilindungkan, terlalu ramai kroni buat permintaan, terlalu banyak kepentingan yang perlu dilunaskan

“Tidak salah beliau. Beliau diberitahu kononnya ramai di belakang. Kononnya beliau berkuasa menukar kerajaan…kononnya beliau superman.

“Sepanjang hayatnya orang lain jua di persalahkan. Qadha Qadhar tuhan tidak percayakan..-Urusan ugama ikut akal fikiran buat tafsiran.

“Semoga beliau diberi kesihatan. Semoga Allah kembalikan pada keimanan, Tali Allah jadi pegangan…Amin,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE