BN Kelantan Lancar Manifesto Khamis Ini

KOTA BHARU – Barisan Nasional (BN) Kelantan akan melancarkan manifesto peringkat negeri sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Khamis ini, kata Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, manifesto itu, yang telah dipersetujui Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, memberi tumpuan terhadap Islam dan dakwah, anak muda, tanah, kemudahan infrastruktur serta wanita.

“Kita yakin ia akan melonjakkan prestasi Kelantan,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media BN di sini, hari ini. Hadir sama Timbalan Pengerusi UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan pengerusi parti-parti komponen BN Kelantan.

Pelancaran manifesto di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini, yang pertama kali diumumkan secara terbuka dijangka dihadiri kira-kira 20,000 penyokong, katanya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE