Bekas Ratu Cantik Sedia Bertanding di Sabah

Jo Anna Henley (kiri) dengan wakil DAP Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR, 16 April — Bekas ratu cantik Sabah dijangka bertanding di kerusi negeri Kiulu mencabar penyandangnya Datuk Joniston Bangkuai dari Barisan Nasional (BN).

Jo Anna Henley Rampas, 29, bekas peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan 2007 dan naib juara Bintang RTM 2009 mewakili Parti Warisan Sabah (Warisan), lapor Harian Metro.

Turut aktif menyanyi, gadis kacukan Dusun-Inggeris itu sedia menggalas tanggungjawab jika dipilih menjadi calon.

“Saya belum tahu jika dicalonkan kerana ini keputusan pucuk pimpinan. Di Kiulu, kebanyakan penduduk adalah petani, justeru isu berkaitan tanah amat dekat di hati mereka, ini yang akan saya perjuangkan,” kata isteri kepada seorang doktor.

BN pada PRU13 menewaskan calon PKR dengan majoriti 44 undi dalam saingan empat penjuru yang turut disertai calon SAPP dan Bebas.

Joniston, 55, bekas wartawan akhbar New Straits Times berkata beliau sedia berdepan sesiapa sahaja jika tercalon semula.

“Sebagai anak jati Kiulu yang lahir dan dibesarkan di sini, saya memahami kesusahan dan kehendak rakyat kawasan ini kerana saya berasal dari keluarga daif, pernah menoreh getah, menanam padi malah berjalan kaki jauh ke sekolah,” katanya.

Beliau percaya penduduk mahukan perubahan dan kemajuan untuk masa depan.- ProjekMMO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE