Baju Logo Politik Laris

Musim mengundi membawa rezeki kepada seorang peniaga apabila baju T edisi khas pilihan raya rekaannya sehingga kini mendapat 400 permintaan.

Abdul Mu’iz Abu Bakar, 33, mendapat idea membuat baju pelbagai parti cita mengikut rasa anak muda itu dari isterinya Nor Husna Mohd Nor, lapor Harian Metro.

“Dia meminta saya membuat kelainan khususnya ciptaan baju untuk penyokong setiap parti,” katanya.

“Rekaan untuk semua baju hanya mengambil masa tiga hari selepas pembentangan idea bersama tenaga kerja dua hari.”

Mengusahakan kedai cetakan baju di Butterworth, Pulau Pinang, Mu’iz mencipta rekaan unik pada baju, antaranya menambah garisan putih seakan lambang Jambatan Pulau Pinang di logo BN dan gambaran lelaki sedang solat di baju PAS.

“Biasanya, orang akan mencipta baju dengan meletakkan logo parti, tetapi saya ciptakan kelainan menggunakan kreativiti sendiri termasuk penggunaan warna sesuai dengan cita rasa anak muda,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE