Sazmi Miah Terlupa Beliau Pernah Dihumbang Ke Longkang


Bakal Calon Parlimen Machang dari PPBM, Sazmi Miah nampaknya telah berjangkit penyakit virus atok (VA92) yang mana ketika beliau menang atas tiket BN di Parlimen Machang dangan jumlah majoriti 135 undi ketiga-tiga Dun juga kalah.

Seluruh pemerhati dan pemimpin politik negara masih ingat sejarah perjalanan politik kawasan Parlimen (P29) Machang mempunyai ceritanya yang tersendiri. Barisan Nasional (BN) hampir memerintah Kelantan bila DUN N34 Kemuning dalam kawasan Parlimen itu hanya kalah dua undi pada Pilihanraya Umum ke 11 tahun 2004 dan pada PRU12 BN tersungkur disemua kerusi termasuk Parlimen manakala Sazmi Miah dihumbang ke longkang oleh  Saifuddin Nasution Ismail (PKR) dengan majoriti 1,820 undi.

Pada PRU-13, Ahmad Jazlan Bin Yaakub menang dengan majoriti 805 undi, Namun Sazmi Miah  terlupa, mengapa beliau ditolak oleh masyarakat Machang dan dihumbang ke longkang, semua bermula dengan sikap dia sendiri, apabila dia rasa sudah banyak berjasa dikawasan Machang beliau mula melupai kawasan yang dimenanginya.

Sekarang ini, beliau mula membantai Ahmad Jazlan seolah-olah beliaulah terbaik. Dalam pembangkang jika tidak pandai menipu dan membantai musuh harapan untuk dipilih menjadi calon di mana-mana kawasan pilihan raya tidak cerah.

Parlimen Machang (P29) – BN menang dengan majoriti 805.. Undi Rosak sangat tinggi iaitu 729..
Dun Pulai Chondong (N33) – PAS masih mengekalkan kemenangan dengan mojoriti 919.. Undi Rosak pula 171..
Dun Temangan (N34) – PAS kekal menang dengan majoriti 1085.. Undi Rosak pula 167..
Dun Kemuning (N35) – PAS kekal menang dengan majoriti 1034.. Manakala undi rosak 228..
Untuk mengingati Sazmi Miah, semasa demo Ahli Parlimen Machang, ketiga-tiga Dun itu menang ke?
 Patutlah kena bantai dengan bekas pengikut setia sendiri(Anuar Mushadad)”Adakah bila dah masuk join pihak sebelah, maka penyakit mudah lupa terus terjangkit..
Bekas boss ambo dulu menang parlimen pd masa semua ketiga2 dun kalah.. Adakah ketika itu boss smemangnya “kelong”?? Seprti rumors yg tersebar??
Masa tu seluruh negeri blku angin perubahan dri pas ke bn berlaku, sjarahnya tertulis popular vote di kelantan menyebelahi BN, sangat berbeza dgn situasi pru13 ketika YbDJ menang dgn 800++ lbh, tidak pernah pun terdengar rumor atau ulasan hatta dri budak hingusan politik bahawa ybdj menang sbb “kelong”, taklogik org lama dlm politik buat kenyataan amat dangkal dan menyerlahkan ketidakcerdikan. Semua org tahu kenapa BN menang diparlimen Machang pru13 walaupun dunnya kalah 3000 lebih. Track Rekod perkhidmatan “rakan” datuk sekarang ni amat2 mengecewakan pengundi Machang….
Berhentilah menghasut, menfitnah, mengadu domba pengundi machang…
Org machang tidak bodoh utk dikelong kali kedua..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE