PKR Tak Layak Jadi Jaguh Berebut Kerusi di Kelantan

PKR dikritik anggota sendiri berikutan impiannya untuk bertanding 15 kerusi di Kelantan pada piliran raya umum akan datang, yang dianggapnya luar kemampuan.

Pengarah pilihan raya PKR Kelantan, Ahmad Syauqey Abdul Ghani menyifatkan, PKR merupakan parti yang paling lemah di negeri itu berbanding sekutunya dalam Pakatan Harapan dan tidak perlu menjadi jaguh “berebut kerusi”.

Malah, tanpa berselindung beliau berkata, PAN dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah parti yang lebih kuat dan lebih layak untuk mendapat lebihan kerusi.

“PKR adalah parti paling lemah di Kelantan. Amanah (PAN) dan PPBM paling kuat diikuti DAP. Maka, tidak perlu jadi jaguh berebut kerusi,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan prestasi parti itu di Kelantan, PKR hanya layak bertanding paling banyak empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen.

“Selain mempertahankan DUN Guchil, Tiga lagi DUN yang layak ditandingi PKR ialah Nenggiri, Pengkalan Pasir dan Tanjong Mas,” katanya.

Pada pilihan raya umum lalu PKR bertanding lima kerusi DUN dan tiga parlimen. PKR hanya menang satu kerusi iaitu DUN Guchil.

Manakala bagi kerusi Parlimen, PKR tewas di kesemua tiga kawasan.

Pakatan Harapan sebelum ini memperuntukkan tujuh kerusi Parlimen di Kelantan kepada PPBM, PAN (5) dan PKR (2) iaitu Tanah Merah dan Pasir Mas.

Bagi kerusi DUN pula ia dilaporkan masih belum diputuskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE