Penyokong Fitnah Serang Undang-Undang Yang Belum Diwujudkan

WALAUPUN masih diperingkat pertimbangan penyokong fitnah berkumpulan dan individu menyerang undang-undang baru untuk mengekang berita palsu seolah-olah kehidupan mereka masih berada dizaman batu.

Ada yang menuduh undang-undang baru yang masih dalam pertimbangan itu diwujudkan akan menyasarkan pengamal media bukan arus perdana yang tidak selari dengan pandangan Putrajaya.

Pandangan golongan yang menganggap mereka cerdik pandai kelihatannya hanya tahu memandai-mandai keatas pekara yang mereka sendiri tidak pandai.

Belumpun undang-undang itu wujud mereka sudah menghukum walhal itu semua seumpama cakap-cakap orang mabuk.

Kononya, kerajaan hanya mahu menyasarkan media alternatif seperti portal berita dengan menggunakan alasan berita palsu.

Kempulan ini seolah-olah menyokong sekiranya negara ini tidak mempunyai sebarang undang-undang, iktiraf kepalsuan dan fitnah sebagai satu pekara yang benar.

Orang-orang begini elok mendiami negara yang mengamalkan undang-undang haiwan supaya mereka dapat dijadikan makanan Singa dan Harimau, kerana hidup mereka hanya tahu melaknat sesuatu yang telah wujud atau akan di wujudkan untuk kebaikan sejagat.

Sekiranya pengamal media alternatif menulis sesuatu dengan pandangan jernih walaupun tidak menyokong kerajaan, sebenarnya tidak menjadi masalah malah terhindar dari sebarang bentuk undang-undang untuk mengekang berita palsu atau lebih tepatnya berita fitnah.

Kebebasan bersuara ada batasnya, takkan maki hamun, fitnah, adu domba, patut di biarkan tanpa tindakan undang-undang, jika mahu, relakah peguam dan kumpulan pergerakan masyarakat sivil  difitnah?.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE