Pekerja Kantin Dera Bayi Perempuan Didakwa Esok

Gambar Hanya Untuk Hiasan

AIPING, 13 Feb: Seorang pekerja kantin yang disyaki mendera bayi perempuannya berusia enam bulan sehingga maut pada 5 Feb lepas akan didakwa esok.

Ketua Polis Taiping ACP Mohamad Taib berkata lelaki itu akan didakwa di mahkamah di sini mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pada 5 Feb lepas, Nur Khayra Mohamad Amirul Asnil ​​​​​​yang menerima rawatan di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU), Hospital Taiping sejak 2 Feb lalu dipercayai akibat didera telah meninggal dunia pada 7.30 pagi.

Menerusi sidang media pada 6 Feb lepas, Mohamad berkata bayi itu dihantar ke hospital tersebut oleh suspek dan ibu mangsa yang masing-masing berumur 21 dan 19 tahun, selepas difahamkan pengsan akibat terjatuh buaian di rumahnya di Kampung Paya Baru, Tekah.

Sementara itu, beliau yang ditemui selepas mengedarkan risalah pada kempen Op Selamat sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Stesen Minyak Shell, Jalan Simpang, di sini hari ini menasihatkan orang ramai yang mahu pulang ke kampung sempena Tahun Baharu Cina agar mengisi borang bagi membolehkan polis membuat rondaan di sekitar kawasan taman mereka untuk mencegah kejadian jenayah.– Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE