PAN Tamak, PPBM Mengamok

Perbalahan PPBM dan PAN dalam isu pembahagian kerusi Parlimen dan Dun di Kelantan semakin kucar-kacir sehingga ada pihak akan keluar dari parti yang diasas oleh mantan maha firaun itu.

Manakala itu, pada ceramah perdana Pakatan Harapan di Bachok pada 9 feb 2018, Husam Musa yang juga bakal Menteri Besar Kelantan yang direstui DAP menyeru agar rakyat jelata diseluruh negara termasuk di parlimen bachok benar-benar sedar, benar-benar yakin dan istiqamah, istiqamah ini bukan istiqamah dengan PAS, istiqamah dengan Islam, istiqamah nak bawa perubahan dalam negara.

Husam Musa yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan patut sedar dan malu diatas kegagalan beliau menyelesaikan masalah pembahagiam kerusi sejak berbulan-bulan lalu. Belum memerintah satu negeri sudah kucar kacir, tetapi ada hati mahu mentadbir negara.

Cerita pasal Islam, adil dan istiqamah memang hebat malah berbuih mulut cicak mengkarong Pakatan Harapan mendengarnya, namun bab kerusi untuk PRU PAN lah nak bolot lebih.

Husam Musa yang juga Naib Presiden PAN yang dipecat daripada parti PAS pada 23 April 2016 patut tahu pergolakan dari sebab pengagihan kerusi itu didakwa berpunca dari PAN.

Naib Ketua Bahagian PPBM Kota Bharu, Mohd Nor Hashim Che Min memberitahu, mereka tidak berpuas hati dengan sikap parti sekutu (PAN) yang mahu mendomenasi semua kerusi Dun untuk ditandingi pada PRU-14 tanpa memikirkan kewujudan PPBM.

Dalam ceramah, Husam berkata, Pilihan raya akan datang bukan satu pilihan raya yang mudah kerana pilihan raya ini untuk menukar kerajaan yang baru, sudah tentu kerajaan yang sedia ada akan menggunakan apa sahaja cara untuk menghalang pasukan kita. Rupanya ucapan yang keluar dari mulut Husam itu merupakan tindak-tanduk PAN yang mengguna apa sahaja cara untuk membolot lebih banyak kerusi Dun.

Oleh itu, rakyat Kelantan patut buka mata kepada apa yang berlaku, dan patut guna akal di kepala daripada banyak menggunakan kepala lutut untuk mempercayai pakatan haram.

Berjuang untuk turun harga barang bagi rakyat,’ Islam, berjuang untuk PTPTN kena seksa,’ Islam kata Husam dalam ceramah.

Tamak nak kerusi lebih adalah syaitan wahai Husam!..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE