Orang Benci Lim Kit Siang UMNO Dipersalahkan

PEMIMPIN DAP boleh cakap apa sahaja berkaitan Lim Kit Siang dihalau ketika berada disebuah kampung di Johor beberapa hari lepas.

Tuduh penyokong UMNO samseng dan segala macam lagi sudah sebati dengan pemimpin DAP dan sewaktu dengannya sejak dari dahulu.

Peristiwa Lim Kit Siang dihalau itu patut difikir dengan waras bukanya dengan menggunakan kepala lutut oleh keseluruhan penyokong serta yang rela jadi ayam itik kepada parti anak beranak itu.

Selama ini pemimpin DAP melaungkan bahawa parti itu dapat diterima oleh semua kaum di Malaysia, tetapi kenapa Lim Kit Siang dihalau?. Lim Kit Siang dihalau bukan sekali dua malah buktinya boleh dilihat pada vodeo yang dimuat pada saluran Youtube.

Boleh tuduh pihak pemerintah takut, lemah, dan sebagainya, namun apakah pemimpin kepada cicak mengkarong dalam rangkaian pakatan haram tidak fikir sejenak, kenapa Lim Kit Siang dihalau?. Kenapa beliau di benci?.

Tuduh penyokong UMNO samseng seolah-olah hanya penyokong parti dalam pakatan haram bermaruah dan bertamadun. Sebelum ini penyokong parti mana yang bertumbuk, membaling kerusi sesama sendiri ketika pemilihan parti. Bakar mercun dan baling kerusi diacara Nothing To Hide 2 sudah cukup membuktikan maruah cicak mengkarong dan ayam itik dalam pakatan haram memang memalukan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE