Mahathir Bukan Jurulatih Sebaliknya Juru “Letih” Pakatan Haram

ISU pembahagian kerusi dalam PAKATAN HARAM bukan sahaja bercelaru di Kelantan malah di Selangor juga turut berlaku.

Teringat saya kepada kenyataan Husam Musa ketika beliau baru dipecat dari PAS, kata Husam pembangkang lebih kuat dengan adanya Mahathir, malah bekas naib Presiden PAS itu juga dilaporkan berkata, Mahathir patut melatih pemimpin dari pembangkang untuk bersatu bagi mencapai matlamat mereka.

Nampaknya apa yang berlaku hari ini terutamanya berkaitan pembahagian kerusi Parlimen dan DUN untuk bertanding dalam PRU-14 mereka sebenarnya tidak menerima segala tunjuk ajar semasa dilatih Mahathir.

Husam Musa dalam satu kenyataan yang disiarkan sebuah portal, beliau berkata, “Dr Mahathir boleh menjadi jurulatih kepada pembangkang.

Mengambil perhatian kepada apa berlaku, Mahathir bukanlah seorang jurulatih seperti yang diharapkan bekas pemimpin PAS. Sebaliknya Mahathir hanya layak digelar sebagai juru “letih”, kerana rakyat terutamanya penyokong dan pemuja sangat letih dengan kisah pembahagian kerusi seperti kanak-kanak bermain pondok-pondok.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan dapat bertanding 12 kerusi DUN yang dimenangi BN di Selangor walaupun pemimpin parti itu sangat memerlukan.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Selangor, Dr Xavier Jayakumar, berkata ketika ini, PH lebih memberi tumpuan kepada faktor kemenangan berbanding pengagihan kerusi mengikut parti.

Jelas sekali ketamakan PPBM untuk membolot 12 kerusi DUN yang disandang BN itu telah mendapat tentangan hebat dari parti yang lebih dahulu bertapak dan memerintah Selangor iaitu PKR dan DAP.

Alasan PH lebih menumpukan kepada faktor kemenangan berbanding pengagihan kerusi mengikut parti juga satu gambaran jelas yang PPBM tidak popular di negeri yang membatalkan projek pembinaan rumah Selangorku.

Tak salah apa yang saya tulis sebelum ini, Mahathir lebih popular bukanya PPBM, maksudnya PPBM popular kerana Mahathir. Oleh itu, populariti sesebuah parti politik kerana pengasasnya tidak melambangkan kekuatan telah terjadi kepada parti baharu.

Kekuatan sesebuah parti politik berdasarkan kepada jumlah ahli dan jumlah kerusi yang telah dimenangi dalam pilihan raya.

Walaupun jumlah ahli bukanlah satu faktor utama kekuatan parti politik, namun diambil kira sebagai kekuatan tunjang perjuangan.

PPBM yang belum menghadapi sebarang pilihan raya pastinya timbul kesangsian pada parti yang telah memerintah Selangor sejak kuasa BN dinafikan melalui sistem demokrasi berparlimen.

Mungkin juga faktor yang dilalui PAN dalam dua pilihan raya juga telah diteliti semasaknya oleh pemimpin-pemimpin parti yang sedia.

Memandangkan PH akan mengekalkan kerusi yang dimenangi oleh parti komponen sebelum ini, ia bermakna hanya 25 kerusi sahaja yang akan menjadi rebutan.

Saya kira, antara PAN dan PPBM akan ada pergeseran kuat bagi mencapai kata sepakat memandangkan PKR dan DAP juga tidak melepaskan kawasan pilihanraya sama ada DUN dan Parlimen dengan mudah kepada PAN dan PPBM.

Khamis lalu, Ketua Penerangan PPBM negeri, Sallehuddin Amiruddin berkata, PPBM akan mempertahankan permohonan 12 kerusi milik BN untuk diletakkan calon mereka walaupun PKR turut berhasrat meletakan calon di semua kerusi terbabit.

Menurut pandangan saya, Hasrat Ketua Penerangan PPBM negeri seperti cabaran kepada pemain berpengalaman (BN) dari pemain yang belum pernah menjaringkan gol.

Namun begitu, PKR yang lebih memahami hasrat sokongan lantai lebih takut dengan kekuatan BN yang semakin yakin untuk merampas Selangor.

Oleh itu, tidak mungkin 12 kerusi DUN yang diingini PPBM akan menjadi kenyataan malah tidak semudah dan sindah mimpi Mat Jenin.

Pandangan saya, walaupun Mahathir dihormati dari kalangan PH, demi sebuah kuasa tidak mudah pemimpin parti lain dalam PH untuk akur kepada hasrat yang dinyatakan Ketua Penerangan PPBM negeri.

Kebarangkalian, DAP sebuah parti terowong dasar laut boleh guna pakai taknik pembahagian seperti dalam filem “Nujum Pak Belalang”
Satu Untuk kau, 1 Untuk aku, 2 Untuk aku, 2 Untuk aku.
Eh lepas 2 apa da…
Hentam saja la…..

Hentam saja la Untuk kau,hentam saja la Untuk aku,
Bedal la….

Bedal la Untuk kau, Bedal la Untuk aku.

Ehhhh dalam dunia mana ada huruf Bedal.

Ehh dalam dunia mana ada huruf bedal Untuk kau, ehh dalam dunia mana ada huruf Bedal Untuk aku,

Eh eh dia Ni….

Eh eh dia Ni Untuk kau, eh eh dia Ni Untuk aku,

Kepala hotak kau.

Kepala hotak kau Untuk kau, kepala hotak aku Untuk aku,

Ehh ehhh….

Ehh ehhhhh Untuk kau, ehh ehhh Untuk aku……

Mudah-mudahan demokrasi politik dalam PH tidak bertukar jadi DEMO KERUSI….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE