Bangunan KWSP Terbakar

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Sebahagian daripada bangunan enam tingkat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya, dijilat api tengah hari ini.

Usaha anggota Bomba dan Penyelamat yang sedang berusaha memadamkan kebakaran itu menarik perhatian orang ramai.

Asap tebal dan api yang menjulang kelihatan dari sebahagian bangunan itu yang terletak bersebelahan Lebuhraya Persekutuan itu.

Kejadian itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE