Anggota Bomba Berdepan Detik Cemas, Terjerlus Dalam Tapak Sampah

SEPANG, 15 Feb ― Seorang anggota bomba trauma akibat terjerlus dalam lubang dipenuhi sampah dan air di tapak pelupusan haram Teras Jernas, di sini, semalam.

Ketua balai bomba dan penyelamat Cyberjaya berkata, mangsa Mohd Padil Mohd Eksan terperangkap selama tiga minit sebelum dibantu seorang anggota dalam kejadian pukul 10 pagi, lapor Berita Harian.

“Beliau tidak mengalami kecederaan tetapi tetap trauma ekoran kejadian itu kerana ketika kejadian, pasukan kami sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran tapak pelupusan haram terbabit bagi memastikan api tidak merebak,” kata Izman Adnan.

Menurut Izman Adnan, ketika kejadian mangsa sedang menarik hos, namun bernasib baik kerana kejadian disedari rakan setugas.

Kebakaran di tapak pelupusan haram seluas lebih 0.4 hektar berlarutan selama empat hari sejak 11 Februari lalu.-Malay Mail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE