Tak Larang Jumpa Anak

KUALA LUMPUR: Datin Diana Danielle menafikan dakwaan suaminya, Datuk Farid Kamil Zahari, yang ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam, murung kerana dihalang berjumpa dua anak mereka.

Dalam temubual eksklusif dengan New Straits Times (NST), Diana memberitahu tidak pernah mengeluarkan arahan melarang Farid mendekati anak mereka.

“Disebabkan saya bekerja, saya tinggalkan dua anak saya di bawah jagaan ibu.

“Rumah ibu hanya setingkat bawah rumah saya iaitu di kondominium yang sama. Dia boleh berjumpa anak-anak dengan mudah kalau dia mahu,” katanya.

Sementara itu, isu penahanan Farid tambah ‘panas’ apabila rakaman video Bigo Live pelakon dan pengarah itu tersebar di laman sosial, sejak malam tadi.

Klip video itu dipercayai rakaman siaran langsung dilakukan Farid bersama seorang pelakon lelaki beberapa jam sebelum insiden Farid bertindak kasar di balai polis, semalam.

Dalam rakaman itu, Farid antara lain mengulas mengenai projek lakonan drama dan filem terbarunya.

Bagaimanapun, netizen menyifatkan aksi Farid sebagai ‘pelik’ hingga ada yang mendakwa dia seolah sedang khayal ketika siaran langsung itu dibuat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE