Serah Kerusi Parlimen Gombak, Azmin ‘Pondankan’ Mahathir

SEPERTI yang dilaporkan Berita Harian, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali bersedia melepaskan kerusi Parlimen Gombak untuk ditandingi oleh Mahathir pada PRU-14 nanti. Ia seolah-olah membenarkan desas-desus beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam yang disandang Khalid Samad.

Atas alasan apa Azmin Ali sanggup menyerahkan kerusi selesa PKR yang disandangnya kepada Mahathir, kiranya alasan untuk mendapat lebih banyak undi terutamanya dikalangan penyokong UMNO ia tidak masuk akal. Disini datang persoalan yang sukar diterjemahkan sedangkan pemimpin parti dalam Pakatan Harapan sering melontarkan bahawa Mahathir diterima oleh seluruh masyarakat berbilang kaum.

Dengan cara pemimpin parti dalam Pakatan Harapan menjulang Mahathir pastinya pengaruh mantan ‘firaun’ itu akan menang walaupun bertanding dimana-mana sahaja dalam Selangor.

Pelik tapi tidak ajaib dalam politik lebih-lebih lagi untuk parti pemuja Mahathir seperti yang ada dalam Pakatan Harapan.

Kiranya Mahathir benar-benar deterima semua kaum dan yakin menang bertanding dimana sahaja, kenapa tidak disarankan beliau lawan orang kuat Barisan Nasional (BN) Selangor?, atau mana-mana kerusi yang dimenangi Barisan Nasional pada PRU lepas, atau sarankan beliau bertanding di kerusi Taman Templer yang dimenangi PAS.

Kalau nak Mahathir menang dengan menyerahkan kerusi Parlimen Gombak yang dimenangi PKR dengan jumlah besar itu, rasanya Mahathir akan kalah jika lawan penyandang kerusi BN yang menang dengan majoriti tidak seberapa tebal. Kalau Mahathir kuat, kenapa pula nak serah kerusi yang selesa itu?

Sepatutnya Mahathir dapat menambah kerusi kemenangan baharu pada PRU-14, bukanya mengekalkan kemenangan kerusi yang sedia ada. Kan Pakatan Harapan nak tawan Putrajaya.

Satu pekara lagi, mungkin Azmin Ali mahu melepaskan kekusutan yang berlaku dalam PKR dengan sebab dia tidak dipilih sebagai calon PM Pakatan Harapan. Untuk itu lakonan kelas nombor wahid perlu diketengahkan untuk jalan penyelesaian bagi menampakkan sokongan padu beliau kepada Mahathir. Lakonan itu juga mungkin dapat menyejukkan kepanasan sedang melanda cicak mengkarong PKR

Cara menyerahkan kerusi yang dimenangi dengan jumlah undi marginal kepada Mahathir, Sebenarnya mencerahkan lagi tanggapan bahawa Mahathir sukar menang jika lawan dengan calon BN di Selangor.

Sekiranya Azmin Ali dan keseluruhan pemimpin parti dalam Pakatan Harapan benar-benar mahu melihat kejantanan Mahathir , sarankan beliau lawan Datuk Seri Najib di Pekan atau saran Mahtahir lawan pengerusi perhubungan UMNO mana-mana negeri di semenanjung ini.

Azmin Ali sepatutnya sedar tindakkan beliau boleh mem-pondankan pangasas PPBM berusia 93 tahun itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE