Rungutan Dari Meja Kopi, Najib PM Bukan Mahathir

RUMUSAN pendapat beberap orang UMNO yang dikutip Hot Kelate hari ini berkaitan isu pemilihan Mahathir  sebagai calon perdana menteri yang begitu kerap ditampal di dada media cetak dan online pro Barisan Nasional.

Semasa berbual dengan rakan-rakan dari UMNO berkisar isu politik semasa, hampir kesemua mengatakan, sehari dua ini nampaknya Mahathir lebih popular dari Datuk Seri Najib.

Ini boleh dilihat pada siaran sama ada media online, cetak kesemuanya sibuk melaporkan berita Mahathir terutama pengguna media sosial seperti Facebook, portal sehingga menjangkiti group WhatsApp, seolah-olah perdana menteri Malaysia sekarang bukan lagi Najib.’..Najib PM bukanya Mahathir…

Sepatutnya perlu ada sikap timbang tara secara profesional kerana berlebih-lebihan akan memberi laba besar kepada Pakatan Harapan terutamanya Mahathir.

Orang UMNO dari bawah hingga ke atas sendiri tahu, pengguna media sosial dari pihak pembangkang sebenarnya tidak ramai dan media cetak pembangkang pula tidak sekuat atau selaris media pro kerajaan.

Tidak memberi manfaat besar kepada Barisan Nasional terutamanya UMNO sebaliknya seperti mengajak orang ramai memberi simpati kepada Pakatan Harapan dan Mahathir.

Pengamal media sosial pro Barisan Nasional sendiri tahu, rata-rata berpendapat pemilihan Mahathir sebagai calon perdana menteri tidak sesuai kerana faktor usia dan beberapa faktor lain.Namun, ramai pula dikalangan penyokong kerajaan memerintah negara memberi laba besar dari sudut simpati rakyat kepada pembangkang.

Kalau dilihat dengan teliti, banyak pengguna akaun facebook yang didaftar atas nama parti dalam Pakatan Harapan tidak seaktif pro Barisan Nasional.

Nak aktif buat apa?, kalau sudah berita dan cerita Mahathir dan pembangkang telah berkali-kali diputarkan oleh pengguna media sosial pro Barisan Nasional.

Namun begitu, rakan-rakan Hot Kelate berterima kasih kepada pengguna akaun Facebook pro Barisan Nasional yang rajin menjelaskan/menjawab isu-isu yang dibangkit pembangkang secara istiqomah.

Pendapat penulis, apa pun yang dirungut oleh penyokong UMNO,mereka sebenarnya sayang Najib dan bendera parti yang disokong.Terima kasih rakan-rakan semua.

Kata anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, pemimpin UMNO perlu bersikap profesional dan tidak terlalu memperbesarkan isu pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri oleh Pakatan Harapan. Perkara itu bukan sahaja tidak mendatangkan manfaat kepada parti, malah memberi kelebihan daripada sudut kelangsungan politik bekas perdana menteri itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE