Pengukuhan Ringgit Bukan Sebab Pilihan Raya

KUALA LUMPUR 13 Jan. – Pengukuhan nilai ringgit yang berlaku ketika ini bukan disebabkan campur tangan kerajaan dan demam pilihan raya seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak apabila nilai ringgit kembali kukuh berbanding dolar Amerika (ASD).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan tidak campur tangan dalam ringgit, ia berlaku melalui penawaran dan permintaan, jika ada banyak penawaran dan eksport, ia akan membawa masuk banyak ASD ke dalam negara dan pastinya akan ada permintaan kepada ringgit.

“Pengukuhan ringgit berlaku kerana adanya eksport yang kuat, pelaburan langsung asing (FDI) yang kukuh, harga minyak yang kembali stabil serta perkara positif dalam ekonomi berlaku kerana kepercayaan pelabur melihat kepada peningkatan ekonomi dan persekitaran politik yang stabil.

“Jika pilihan raya mampu membawa pengukuhan dan mempunyai hubungan dengan mata wang, sudah pasti saya mahu pilihan raya diadakan pada setiap tahun ,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman di antara Titijaya Land Berhad dan Tokyu Land Corporation dari Jepun untuk bekerjasama dalam bidang hartanah di negara ini.- UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE