Neelofa Impi Buka Pusat Pengajian Quran

PETALING JAYA, 13 Jan ― Pelakon popular Neelofa bercita-cita untuk membuka pusat pengajian al-Quran.

Neelofa, nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 29 tahun, meminta semua pihak mendoakan supaya impiannya dipermudah, lapor mStar Online.

Mahu memperbaiki diri sebelum membuka pengajian itu, pelakon drama “Red Velvet” buat masa ini fokus terhadap perniagaan tudungnya Naelofa Hijab.

“Saya pasti, ibu dan bapa saya juga mempunyai impian sama. Saya juga dari dahulu memang sudah merancang sedikit demi sedikit untuk merealisasikan hasrat itu,” katanya.

Turut berperanan sebagai pengarah bebas bukan eksekutif Air Asia, Neelofa berkata dia juga tidak bercadang meninggalkan dunia seni.

“Jika ada tawaran yang bagus dan baik, insya-Allah saya akan terima,” katanya.-PROJEK MMO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE