Muqharabbin Mahu Lahirkan Ikon Negara

Penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin, 36, yang kini bergelar Penjelajah Grand Slam apabila berjaya menamatkan misi penjelajahannya ke titik 90 darjah Kutub Selatan dijulang sebagai wira negara oleh para penyokongnya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

BIARPUN berdepan banyak cabaran sejak memulakan cabaran lebih 13 tahun lalu namun ia berbaloi apabila penjelajan negara Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin, 36, akhirnya berjaya mendapat pengiktirafan sebagai rakyat Malaysia pertama menempa nama sebagai penjelajah Grand Slam.

Selain itu dia yang berasal dari Lembah Pantai, Kuala Lumpur merupakan individu kedua di Asia Tenggara serta umat Islam ketiga dan termuda didunia meraih gelaran tersebut selepas berjaya menawan tujuh puncak di tujuh benua , berski ke titik 0 darjah Kutub Utara dan berski ke titik 90 darjah Kutub Selatan.

Induvidu pertama meraih gelaran tersebut ialah warga Singapura Khoo Swee Chiow, 53, manakala dua orang Islam berjaya melakukan pekara sama ialah Mostafa Salameh,47, dari Jordan dan rakyat Mesir, Omar Samra, 39.

Anak keempat daripada 16 adik-beradik itu sebelum ini mencatat nama sebagai penakluk puncak tertinggi dunia, Gunung Everest yang terletak dibenua Asia pada tahun 2004, Kosciuszko (Australasia, 2006) Kilimanjaro (Afrika, 2010) dan Aconcagua (Amerika Selatan, 2010).

Dia seterusnya berja menawan puncak Vinson Massif (Antartika,2011), McKinley (Amerika Utara, 2012). Elbrus (Eropah, 2012) dan Carstenzs Pyramid (Oceania,2014) sebelum menamatkan cabaran di Kutub utara pada April lalu. Misinya di Kutb Selatan berjaya disempurnakan pada 29 Sisember lalu (Disember 2017)
Suami Nabihah Mustafa, 32, yang juga bapa kepada 3 orang cahaya mata, Thariq Alfatih, 8, Dhia Athafunnisa, 6, dan Uwais Alqarni, 2, ketika dihubungi Kosmo Ahad! baru-baru ini berkongsi pekara-pekara yang membahagiakan.

1- GRAND SLAM- Saya bersyukur diberikan kesempatan untuk menjadi antara 60 penjelajah terawal dunia menamatkan misi Penjelajah Grand Slam biarpun pada awalnya tidak menyaka dapat menamatkan semua misi yang dimulakan sejak tahun 2004.

2- BENDERA- JALUR GEMILANG adalah salah satu benda yang wajib dibawa setiap kali melakukan ekspedisi. Rakyat Malaysia harus berbangga kerana ia telah berjaya di letakkan bersama bendera negara-negara lain dalam satu senarai ulung penjelajah Grand Slam.

3- KELUARGA- SAYA amat gembira kerana mendapat jadi contoh yang baik buat keluarga dan masyarakat dengan pencapaian sehingga kini.

4- MEMBERI INSPIRASI- SAYA harap kejayaan yang saya telah peroleh dapat memberi inspirasi kepada semua warga Malaysia kerana tiada yang mustahil dalam melakukan sesuatu asalkan kita berusaha dan tidak mudah menyerah kalah.

5- MAKANAN- PALING saya suka ialah masakan mama dan juga makanan laut tetapi sebenarnya saya suka makan apa sahaja makanan serta tidak cerewet.

6- HOBI- SAYA suka mengembara, mendaki, berski dan menghabiskan masa bersama keluarga.

7- MASA LAPANG- JIKA ada masa terluang saya suka melakukan aktiviti menyihatkan badan seperti pergi ke gimnasium , berjoging, berbasikal, berekreasi. Selain itu saya juga suka menunggang motosikal.

8- AZAM- SAYA seronok jika dapat melahirkan lebih ramai ikon negara dipersada dunia.

9- BERTEMU MASYARAKAT- SAYA suka kalau dapat jumpa ramai orang terutama ketika menyertai program-program bersama masyarakat selain program badan bukan kerajaan.

10- KETENANGAN- SAYA suka ke Mekah dan Madinah kerana kedua-dua tempat itu amat menenengkan. Saya juga suka pergi ke pulau.

KOSMO AHAD 14/1/2018 MUKA SURAT 12

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE