Inilah Mahathir Kaki Konar Baring

Kehidupan ibarat roda, selagi hidup bergeraklah ia,dalam politik isu tidak pernah mati selagi kiamat belum tiba.

Pada 2013 Mahathir pernah berkata, golongan muda terlalu taksub dan percaya perubahan dalam pemerintah negara akan dapat mengubah keadaan hidup mereka.

Kini siapa lebih mendahului taksub?, dengan menyeru rakyat tidak kira muda atau tua supaya meninggalkan BN dan menyokong perjuangan yang diketuai Mahathir sendiri agar dapat menumbangkan kerajaan yang diketuai Datuk Seri Najib.

Satu bumi Malaysia tahu, tidak berjaya melawat Anwar di Hospital juga menjadi satu masalah bagi Mahathir sehingga berharap rakyat tidak menyokong BN dan menumbangkang Najib.

Pada 2013 juga Mahathir berkata, Golongan muda ingin melihat perubahan pentadbiran kerajaan semata-mata kerana janji-janji pembangkang.

Setelah mengetuai pakatan pembangkang, Mahathir secara tidak sengaja dalam ingat atau lupa dia telah menafikan apa yang dia kata dahulu. Fenomena ini terus terpalit kepada pemimpin pembangkang yang pernah bersama BN.

Pada 2013 juga Mahathir kata, apa jua yang dikatakan oleh Barisan Nasional (BN) nampak tidak berkesan. Walaupun benar dan nyata tapi nampak tidak berkesan kerana mereka taksub dengan kepercayaan bahawa hanya perubahan pemerintahan akan membawa kepada perubahan dalam kehidupan mereka, sebab itu keadaan sekarang berbeza dengan suatu masa dulu.

Kini Mahathir ingat semua rakyat Malaysia boleh lupa apa yang dia cakap dahulu, dan apakah beliau ingat semua seruan untuk jatuhkan BN dan Najib?, rakyat akan taksub kepada agenda yang dia sendiri tahu.

Bagi sebahagian rakyat, Mahathir bukanya mahu tumbangkan BN sebaliknya dia tidak mahu lihat Najib sebagai perdana menteri. Ada pula bualan berlegar-legar di warong kopi, kiranya Najib letak jawatan hari ini, esok Mahathir akan menyokong BN. Jadi, buat apa nak percaya dengan lidah Mahathir.

Benar atau tidak bualan rakyat, itu satu andaian yang mungkin berlaku kerana dunia politik konar baring sentiasa terjadi.

Najib tidak selemah dianggap Mahathir, dan dengan sebab itu segala fitnah dari golongan yang seangkatan dengan Mahathir tidak pernah menggocangkan jawatan perdana menteri yang dipikul sekarang.

Pada 2013 juga Mahathir berkata, generasi sekarang tidak mengalami keadaan negara miskin, terhad dalam peluang pekerjaan, peluang pelajaran, peluang menjadi ahli profesional dan sebagainya; menjadikan mereka tidak begitu menghargai kemajuan semasa.

Itu kata Mahathir dahulu, tetapi Mahathir sekarang sudah berubah malah jadi seperti yang dia kata kepada generasi muda.

Kaki konar baring seperti Mahathir, tidak sepatutnya di sokong dan di beri undi pada PRU-14 akan datang.
Biar si bodoh dibodohkan Mahathir, yang cerdik-cerdik tolong celek mata …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE