Gempa 5.1 Richter Landa Tenggara Sarikei

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan mengenai kejadian gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.1 skala Richter di tenggara Sarikei, Sarawak dan barat daya Kupang, Indonesia.

Pada masa sama, Met Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang yang di jangka berlaku sekitar kawasan perairan Terengganu, Pahang dan Johor Timur.

Cuaca angin kencang dengan kelajuan melebihi 60 kilometer sejam (kmsj) pada ketinggian ombak melebihi 4.5 ini akan berterusan sehingga esok.

Kawasan ini juga terdedah dengan kepada kejadian kenaikan paras air laut sekali gus berbahaya kepada semua rekreasi laut, aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Di kawasan perairan Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula berlaku angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE