29 Wanita Ditahan Positif Dadah

KUALA LUMPUR: Seramai 24 individu, termasuk sembilan wanita ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi yang dijalankan di sebuah pusat hiburan dekat Bukit Bintang, di sini, awal pagi tadi.

Operasi dilakukan bermula jam 2 pagi itu membabitkan seramai 24 anggota dan tiga pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim, berkata daripada sembilan wanita yang ditahan itu, lima adalah warga China, manakala tangkapan lain adalah rakyat tempatan.

“Hasil ujian air kencing yang dijalankan mendapati semua mereka positif pelbagai jenis dadah.

“Turut dirampas dalam operasi itu adalah serbuk dadah disyaki ketamin seberat 12.56 gram,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE