106 Saman Dikeluarkan Dalam Tempoh 2 Jam

SHAH ALAM – Sebanyak 106 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan trafik dalam tempoh dua jam menerusi Ops Samseng Jalanan yang dilakukan di Kilometer 11.6 Lebuhraya Persekutuan di sini malam tadi.

Dalam operasi bermula pukul 1.30 pagi itu, turut menyita 57 buah motosikal yang digunakan oleh pelesit rempit berusia 15 hingga 27 tahun.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, kesalahan paling tinggi direkodkan melibatkan tidak mempunyai lesen memandu iaitu sebanyak 56 kesalahan diikuti nombor pendaftaran (19), tidak mempunyai cukai jalan (16).

Katanya, selain itu kesalahan turut meliputi cermin sisi (8),tidak mempamerkan cukai jalan (3), penggunaan lesen L dan P dan masing-masing satu bagi lesen tamat tempoh dan pengubahsuaian ekzos.

“Dalam operasi tersebut, kita turut berjaya menahan seorang pemuda berusia 20an kerana memiliki motosikal curi jenis Modenas CT115 dengan menggunakan nombor pendaftaran negeri Pulau Pinang.

“Suspek berasal dari Petaling Jaya itu kini ditahan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barangan curi,” jelasnya. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE