UMNO Terus Jadi Benteng Orang Melayu

KUALA LUMPUR (Bernama) — Gendang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan dipalu bila-bila masa dari sekarang pastinya dinanti dengan penuh rasa cemas dan debar terutamanya 3.6 juta ahli UMNO.

“Perang” yang bakal meletus dijangka menyaksikan pertarungan sengit dengan masing-masing pihak mahu memastikan meraih kemenangan unggul.

Ramai termasuk pemerhati politik mentakrifkan PRU14 adalah “ibu segala pilihan raya” terutama bagi UMNO parti memerintah yang menjadi tonggak Barisan Nasional (BN).

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO mengungkap “perang kali ini yang bergelar segala pilihan raya kita akan bertempur, berlawan, lawan habis-habisan.”

Untuk itu, setiap ahli parti berperanan untuk memastikan kemenangan besar berpihak kepada BN dan meskipun UMNO dilihat semakin matang menangkis serangan lawan termasuk dalam media sosial, berdasarkan pengalaman sejak PRU12 lagi, ujian kali ini dijangka lebih hebat.

Sudah boleh dijangkakan setiap kempen bakal dilapisi dengan pelbagai tohmahan dan fitnah bagi memecahkan sokongan pengundi…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE