Tuduhan Najib Begitu Kejam Terhadap Wanita Patut Dibaling Kepada PKR

TINDAKAN Zuraida Kamaruddin memperlekehkan Presiden UMNO,Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mengatakan 30 peratus daripada kerusi senator akan diberikan kepada wanita hanya cubaaan mengaburi mata rakyat adalah sangkaan jahat.

Katanya lagi,Najib seperti tidak bersungguh meletakkan lebih ramai calon wanita pada pilihanraya.Sebagai Ketua Wanita PKR , Zuraida sepatutnya melihat dahulu rekod PRU-13.

Pada PRU13 yang lalu, seramai 56 calon wanita daripada jumlah keseluruhan 523 orang calon telah bertanding di peringkat Parlimen, termasuk calon bebas.

BN telah mencalonkan seramai 22 orang wanita untuk jawatan Ahli Parlimen,manakala Pakatan Rakyat (PR) juga telah mencalonkan seramai 22 orang, tetapi Pakatan Rakyat bukan sebuah parti politik sebaliknya diwujudkan untuk memerintah Selangor dan sudah tentu bertanding diatas tiket parti masing-masing.

Disini timbul persoalan,berapakah jumlah wanita yang di calonkan oleh pemimpin PKR di peringkat Parlimen dan DUN pada PRU-13?.

Dari segi kerusi Parlimen yang dipegang selepas PRU13, 13 daripada 133 Ahli Parlimen BN adalah wanita,manakala 9 daripada 89 Ahli Parlimen PR adalah wanita.

Daripada 13 Ahli Parlimen wanita BN,8 adalah dari UMNO,PKR hanya 3 Ahli Parlimen,2 PAS dan 4 dari DAP.
Zuraida patut tahu, DAP lebih berani untuk menarik ramai wanita untuk dicalonkan dalam pilihan raya berbanding PKR dan sebagai ketua wanita PKR,beliau patut malu dengan jumlah ahli parlimen wanita DAP.

Manakala 25 daripada 26 ADUN wanita adalah ahli UMNO.Pakatan Rakyat daripada 32 ADUN wanita, 8 PKR, 6 PAS dan 18 DAP.

Sasaran 30 peratus senator dari kalangan wanita dapat dicapai selepas Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).Zuraida dari PKR tidak berani meletakkan sasaran wanita untuk dicalonkan sebagai calon parti itu,’beliau hanya menyalak apabila melihat keberanian pemimpin Barisan Nasional.

Dengan 3 Ahli Parlimen dan 8 ADUN wanita, Zuraida sebagai ketua wanita PKR sepatutnya ada rasa malu sebelum mengkritik Najib kerana DAP lebih menguasai.

<a href=

Oleh itu tuduhan Najib begitu kejam terhadap wanita sepatutnya dibaling kepada PKR terlebih dahulu sebelum Zurida menyalak seperti anjing jatuh longkang najis.-Hot Kelate

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE