Semua Orang Ada Hak Berpolitik

KUALA LUMPUR – Kebebasan berpolitik adalah hak individu dan ia tidak perlu diperbesar oleh mana-mana pihak.

Pengarah terkenal, Erma Fatima memberikan pandangan sedemikian ketika mengulas mengenai tindakan segelintir artis yang menggunakan saluran media sosial untuk menghentam kerajaan.

“Patut atau tidak (apa yang telah seseorang itu katakan terhadap kerajaan) saya tak mampu komen, tidak boleh nak putuskan.

“Berpolitik adalah hak masing-masing, dia berhak menyokong dan tidak menyokong mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui Sinar Online, di PWTC di sini, hari ini.

Terdahulu, Fathia telah memuat naik posting di Instagramnya berkaitan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Fathia juga sebelum itu dilihat cukup lantang ‘menegur’ cara kerajaan mengurus tadbir negara, selain turut mengkritik kepimpinan yang melupakan jasa Mahathir.

Sementara itu, Erma yang serasi dengan jolokan Mok Cun juga berkata, dia tahu apa kelebihan dan bantuan yang diberikan kepada golongan seni daripada kerajaan.

“Kalau dia pilih untuk protes kerajaan, itu hak dia.

“Saya tak boleh cakap apa-apa kerana ia sangat subjektif tentang perkara ini,” katanya lagi.-Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE