Najib Terima Kunjungan Hormat Delegasi Perwakilan Luar Negara

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menerima kunjungan hormat ketua delegasi perwakilan luar negara di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Semua ketua delegasi itu mewakili 25 parti politik dari 16 negara termasuk India, Belgium, Palestin, Indonesia, Thailand, Laos dan Vietnam yang hadir mengikuti ucapan dasar Najib sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017, pagi tadi.

Turut hadir dalam perjumpaan tertutup kira-kira 30 minit yang berlangsung selepas Najib menyampaikan ucapan dasar adalah Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ketua delegasi bersama anggota delegasi dengan keseluruhannya seramai 95 orang kemudian diraikan dalam majlis jamuan tengah hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE