Lelaki Diikat Curi Bot

Seorang remaja diikat pada sebatang pokok sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa selepas dipercayai cuba mencuri sebuah bot di Kampung Jubakar Pantai, Tumpat semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang, tindakan suspek berusia 18 tahun itu gagal apabila cubaannya terlebih dahulu dikesan oleh penduduk kampung.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut.

Katanya, kes itu disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Suspek berusia 18 tahun direman selama empat hari bermula hari ini hingga 10 Disember,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE