Harakah Padam Dakwaan Wan Ashima

Penarikan berita mengenai dakwaan berlakunya maksiat setiap kali Perhimpunan Agung UMNO oleh Harakahdaily adalah bukti dakwaan itu mencerminkan perangai buruk Wan Ashima Kamaruddin sendiri.

Tiada sebab untuk Harakahdaily menarik balik berita panas itu memandangkan segelintir sahaja pengamal media sosial pro Barisan Nasional menghentam portal lidah rasmi PAS itu.

Manakala pembual dilaman sosial seperti Facebok pula menganggap dakwaan Wan Ashima adalah perilaku kehidupan masa lalu beliau kerana setiap kata-kata adalah cermin diri seseorang.

Menurut Timbalan Ketua Pengarang Harakahdaily Azmi Yusof berkata, berita itu ditarik balik kerana terlepas pandang serta dakwaan itu datangnya dari Ashima dan bukannya PAS.

“Harakahdaily ‘remove’ berita itu kerana ia adalah bersifat dakwaan peribadi Wan Ashima bukan dakwaan dari PAS sedangkan Harakahdaily adalah lidah rasmi parti.

“Awalnya ia termuat naik kerana ada sedikit terlepas pandang teknikal dalam pemilihan berita, jadi bila sidang redaksi menyedarinya, maka Harakahdaily tarik balik laporan tersebut,” katanya kepada Malaysiakini.

Azmi turut berkata pihaknya tidak akan membuat permohonan maaf kepada Umno berhubung perkara itu.

Tidak kurang juga yang berterima kasih kepada Harakahdaily kerana menyiarkan dakwaan Wan Ashima,kerana boleh tahu perangai sebenar beliau yang penuh nanah busuk dan lendir dibuntut sendiri.-Hot Kelate

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE