Anak Saudara MB Selangor Dibebas

PUTRAJAYA: Mahkamah Majistret hari ini membebaskan anak saudara Menteri Besar Selangor dan seorang pengarah syarikat selepas 10 hari direman bagi membantu siasatan kegiatan melombong pasir dan batu haram di Selangor pada 2014.

Majistret Aida Khairuleen Azli membebaskan lelaki berusia 34 tahun itu dan pengarah syarikat berusia 67 tahun dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM100,000 dan seorang penjamin setiap seorang.

Terdahulu, kedua-dua suspek dibawa pegawai SPRM ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 9.10 pagi.

Sebelum ini, empat individu direman bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Mereka yang direman membabitkan dua pengarah syarikat, seorang pekerja syarikat pengiklanan dan seorang pengurus tapak.

Rabu lalu mahkamah sama membebaskan dua lagi individu, iaitu seorang pengarah syarikat dan pengurus tapak masing-masing dengan jaminan SPRM sebanyak RM15,000 dan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mereka ditahan SPRM pada 29 November lalu di sekitar Kuala Lumpur bagi membantu siasatan terhadap kegiatan melombong pasir dan batu haram di Kajang pada 2014.-Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE