Zahid Lawat Kem Pelarian Rohingya

COX’S BAZAR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Lapangan Terbang Cox’s Bazar sebentar tadi untuk melawat kem pelarian Rohingya di Kutupalong, kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar ini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri yang mengadakan lawatan rasmi di Bangladesh selama dua hari bermula semalam, tiba dengan diiringi Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem dan pegawai tertinggi kedua negara.

Ini kali pertama Ahmad Zahid melawat kem pelarian Rohingya selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.-Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE