UMNO, PAS Wajar Buka Mata

Ura-ura DAP bakal bertanding di Kelantan wajar membuka mata PAS dan UMNO mengenai pengaruh parti politik itu yang semakin menular di Kelantan.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, DAP kedengaran serius mahu mencuba nasib di negeri itu dan jika itu berlaku, ini menandakan parti tersebut telah mencapai matlamatnya untuk memecah undi Melayu.

“DAP sudah kembangkan sayapnya di Kelantan. Mereka sudah wujudkan DAP Kota Bharu, siap dengan jawatankuasa protem. Ini menunjukkkan mereka serius mahu bertanding.
“Ini juga manifestasi bahawa DAP percaya mereka sudah berjaya memecah belahkan politik orang Melayu sebab Kelantan ini majoriti adalah Melayu,” katanya ketika menghadiri majlis santai bersama Kemudi di Villa Daniala, Bachok malam tadi.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, UMNO dan PAS perlu mengambil iktibar dan mencari jalan menyekat pengaruh DAP daripada terus menular di negeri itu.
Paling penting tegas beliau, kedua-dua parti perlu duduk semeja dan mencari titik persamaan demi kepentingan umat Islam.
“Jika selama-lamanya kita bertelagah, ini tidak membawa apa-apa keuntungan kepada rakyat sebab itu UMNO dan PAS perlu fleksibel dalam soal itu,” katanya. – 8 Oktober 2017.-Sokmo Net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE