Sultan Nazrin Berkenan Berangkat Ke Hari Pahlawan

IPOH 2 Okt. – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat ke sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak 2017 di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Turut berangkat Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak Raja Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan barisan Exco Perak.

Pada upacara yang berlangsung dalam keadaan hujan renyai itu, Sultan Nazrin berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama yang disertai tiga pegawai kanan dan 102 anggota lain-lain pangkat daripada Batalion Satu Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta.

Pancaragam Akademi Tentera Udara Diraja Malaysia Ipoh merupakan pancaragam pengiring pada sambutan berkenaan.

Koperal Kamarulzaman Mat Rashid dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah mendeklamasikan sajak berjudul “Pahlawanku”.

Seterusnya, lagu kebesaran negeri Perak dimainkan sebelum kawalan kehormatan utama keluar perbarisan menandakan penghujung upacara. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE