Kelantan:PSM Bertanding Di Dun Kota Lama

DESAS-DESUS kononya DAP akan bertanding di kerusi Dun Kota Lama akhirnya terjawab,bukannya DAP yang bertanding sebaliknya Parti Sosialis Malaysia (PSM).
PSM mempertaruhkan seorang aktivis muda iaitu Khairul Nizam Abd Ghani yang juga Pengarah Penyelidikan NGO R.

DAP yang dikatakan akan bertanding 4 kerusi Dun di negeri Kelantan setakat ini belum menamakan calon mereka dimana-mana kerusi yang akan ditandingi pada pilihan raya umum ke-14.
Untuk rekod ini bukanlah pertama kali PSM bertanding di Kelantan,kali pertama pada tahun 1986.

Khairul Nizam Abd Ghani juga merupakan Pengerusi PSM Kelantan,beliau mempunyai matlamat besar untuk membawa keseimbangan di dalam Dun Kelantan dan membela nasib golongan marhaen.
Dun Kota Lama mempunyai 28,248 pengundi berdasarkan rekod pada PRU13.Dun Kota Lama di dimenangi Datuk Anuar Tan Abdullah sejak 1999.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob sebelum ini mencabar DAP meletakkan calon mereka untuk bertanding di kesemua kerusi di Kelantan.

Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, S. Arutchelvan berkata, langkah pihaknya meletakkan calon di negeri itu adalah untuk memberi lebih pilihan kepada rakyat khususnya di DUN Kota Lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE