PM Najib Kutuk Pengeboman di Mogadishu

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengutuk dua pengeboman yang berlaku di Mogadishu, ibu kota Somalia, yang dilaporkan membunuh sekurang-kurangnya 230 orang pada Sabtu.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terlibat.

“Amat kesal dengan pembunuhan mereka yang tidak bersalah di Somalia. Takziah diucapkan kepada mereka yang kehilangan orang yang tercinta. Kita tidak harus mengalah kepada keganasan,” katanya dalam catatan Twitter beliau.

Media melaporkan insiden pertama melibatkan sebuah kenderaan membawa bahan letupan, yang diletupkan di kawasan jalan sesak berhampiran kementerian kerajaan, hotel dan restoran di pusat ibu kota.

Ia diikuti dengan satu lagi letupan di daerah Medina, Mogadishu. — BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE