Unit FPSO Bumi Armada Selesai Pemindahan Kargo Pertama

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) — Bumi Armada Bhd hari ini mengumumkan unit pengeluaran, penyimpanan dan pemindahan terapung (FPSO) Armada Kraken, yang beroperasi di medan Kraken di Laut Utara United Kingdom, telah menyelesaikan pemindahan kargo pertamanya semalam.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Bumi Armada berkata, unit FPSO itu tiba di lokasi pada 13 Feb, 2017 dan siap disambung kepada telaga pada 15 Feb, 2017.

“FPSO itu kemudiannya memperolehi minyak pertama pada 28 Jun, 2017 iaitu empat setengah bulan selepas penyambungan tersebut, yang merupakan penghantaran minyak pertama terpantas bagi unit FPSO di Laut Utara sejak 10 tahun lepas,”menurut syarikat itu.

— BERNAMA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE