Tolak Ketepi Rakyat Kerana Pintu Gerbang

SAYAP TEMPUR-Selangor 12 September 2017,Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Datuk Seri Noh Omar meluluskan peruntukan RM7 juta bagi pemulihan infrastruktur di kediaman Pangsapuri Permai yang dimiliki Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS).

Walaupun beliau baharu sahaja pulang dari menunaikan haji,Nohtidak mengambil masa lama untuk terus fokus membantu rakyat dan kali ini beliau telah menunaikan hasrat penghuni Pangsapuri Permai Taman Datuk Harun dengan meluluskan peruntukan jutaan ringgit.

Infrastruktur pangsapuri tersebut perlu dipulihkan berikutan berlaku kerosakan,manakala kerajaan Selangor terus menerus berbangga dengan rizab negeri berbilion ringgit.

Bumbung, lif, tangki air, gelanggang futsal, longkang dan pagar antara infrastruktur yang perlu dibaiki segera untuk keselesaan rakyat,namun kerajaan Selangor yang kaya raya lebih mengutamakan naik taraf pintu gerbang sehingga mencecah RM9.7 juta seperti yang didakwa Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard.

Noh Omar berkata,”Flat ini sudah lama, (sudah) 37 tahun. Ada lima blok dan penduduk lebih kurang 1,000 (orang). Masalah tangki air, ada berlumpur menyebabkan air tercemar. Kita akan gantikan tangki air baharu.

“Kos baik pulih bumbung dianggarkan RM4.5 juta dan kalau kira keseluruhan semua, lebih kurang RM7 juta kita akan peruntukan untuk baik pulih semua yang terlibat ini,” katanya kepada pemberita selepas sesi lawatan tersebut petang tadi.

Tambah Noh, antara punca perkara tersebut berlaku di kawasan itu ialah sikap kerajaan negeri sendiri yang mengabaikannya penduduk miskin bandar.

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan sasaran kementerian untuk menyiapkan kerja-kerja pemulihan tersebut, Noh berkata, ia bergantung kepada tenaga kerja yang ada di pihak kementeriannya dan pihak-pihak lain yang terlibat.

Bagaimanapun, wang peruntukan yang sudah disediakan oleh pihaknya diharap dapat menyiapkan kerja-kerja tersebut dalam masa terdekat.

“Duit sudah ada, kalau ikut saya, sekarang juga kita nak benda (baik pulih) ini siap. Tapi kita pun perlu melalui beberapa proses di kementerian dan sebagainya. Kita harap ia siap secepat mungkin.”-HOT KELATE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE