Tarikh Pilihan Raya Sampai Ke Washington

WASHINGTON 14 Sept. _ Persoalan bila tarikh pilihan raya umum terus menjadi topik popular. Bagaimanapun seperti lazimnya semasa diajukan soalan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap berteka-teki.

“Oh anda mahu saya umumkan sesuatu di Washington DC. Anda tentu bergurau,” katanya dalam nada bergurau menjawab pertanyaan wartawan pada hari terakhir lawatan tiga harinya ke AS yang disifatkan sangat berjaya.

Diasak lagi tentang beliau mempunyai masa hampir setahun katanya, setahun masa yang panjang malah dua minggu pun panjang dalam politik.

Ditanya tentang pada masa ini adalah waktu sesuai berikutan banyak perkembangan yang baik, Najib berkata;”Iya ke, anda fikir begitu? Tunggu dululah Insya-Allah saya dapat ilham. Doa dululah,” – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE